Monday, 17 August 2015

Tips Memulakan Simpanan Emas

Sebenarnya ramai yang telah mempunyai kesedaran untuk menyimpan emas, tetapi tak tahu apakah langkah dan strategi yang perlu diambil kira sebelum membuat simpanan emas.. disini saya berikan tips bagaimana untuk memulakan simpanan emas;

1- Simpan secara berterusan

jadikan simpanan emas ini umpama simpana bulanan. banyak atau sedikit simpanan itu tak penting tetapi yang paling penting adalah istiqomah. pembelian emas secara bulanan ini penting untuk kita mengurangkan risiko turun naik harga. kerana dalam pelaburan emas, pergerakan emas jangka pendek mengalami turun dan naik tetapi dalam jangka masa panjang ia tetap menaik. jadi, dengan pembelian secara bulanan, kita akan mengira kos pembelian dengan mengira purata harga  belian setiap bulan. Kaedah ini dipanggil Cost Average Strategy. selain itu, dengan pembelian secara bulanan juga kita akan lebih berdisiplin dalam membuat simpanan.

2Kira budget yang bersesuaian

sebelum memutuskan berapa nilai yang perlu kita peruntukan untuk membeli emas, kita perlu membuat sedikit kira-kira agar 'kekonsistenan' simpanan kita lebih terjamin. pastikan nilai simpanan bulanan kita adalah lebihan daripada keperluan asas bulanan kita. Biarlah yang disimpan itu sedikit tapi ianya berterusan. letakkan keutamaan dalam perbelanjaan bulanan. Cuba kita kurangkan pembaziran bayaran bulanan lain seperti astro(pakai njoi dah mencukupi) dan kita gantikan dengan simpanan emas. ianya pasti berbaloi bukan???

3- Tetapkan matlamat simpanan

Untuk lebih memotivasikan diri dalam membuat simpanan emas kita perlu meletakkan matlamat simpanan emas kita. sebolehnya letakkan matlamat jangka panjang kerana simpanan emas lebih berbaloi dalam jangkamasa panjang. Sebagai contoh, kita letakkan target dalam 10 tahun kita menyimpan RM100,000 untuk tabung pendidikan anak. maka, sepatutnya kita perlu menyimpan sebanyak rm 833 sebulan. menyamai hampir 5g emas. jadi, kalau kita menyimpan emas sebanyak 5g sebulan maka 10 tahun nanti kita akan mempunyai 600g emas. Cuba anggarkan harga emas untuk 600g 10 tahun akan datang.  masih RM100000 atau lebih dari itu. Contoh matlamat simpanan lain ialah:  beli tanah, beli rumah, wang persaraan,atau tunaikan Haji. Ia penting agar kita sentiasa bermotivasi untuk menyimpan. Selain itu, jika ada matlamat kita akan mengekang nafsu untuk berbelanja yang bukan keperluan.


4- Jangan bertangguh!!

Mulakan pelaburan emas ini secepat mungkin. kerana lagi lama kita bertangguh lagi kurang emas yang akan disimpan.tidak perlu menunggu sehingga harga emas menjunam baru membuat pelaburan kerana tiada sesiapa didunia ini dapat meramal bila harga emas jatuh paras terendah! sebab itu perlunya kaedah Cost average strategy kerana ada kemungkinan kita telah membeli pada harga terendah.

Izwan Haron
Senawang
013-9909972
(Dealer Public Gold)




No comments:

Post a Comment